expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 25 Ogos 2012

TRAGEDI DI BUKIT EMAS

Diceritakan bahawa, pada suatu hari, telah datang seorang lelaki menemui Nabi Isa A.S dengan niat ingin bersahabat dengan beliau. berkata lelaki tersebut kepada Nabi Isa A.S.,
"Saya ingin menjadi sahabat engkau yang setia". dan Nasi Isa A.S. pun menerima baik permintaan lelaki tersebut. 

Pada Suatu hari, Nabi Isa A.S. telah mengajak lelaki itu untuk berjalan-jalan di tepi sungai sehingga lah mereka terasa lapar, dan berehat seketika. Maka, Nabi Isa A.S. pun mebuka bekalan makanan yang dibawanya, iaitu 3buku roti. Beliau pun mengambil sebu, diberikan kepada lelaki itu sebuku, dan disimpan lg sebuku, sebagai bekalan untuk mereka jika lapar dalam perjalanan nanti. Beliau kemudian turun ke sungai untuk minum, dan setelah naik semula ke tempat berehat mereka, beliau mendapati roti yang sebuku lagi itu telah pun tiada. Lantas beliau bertanya kepada lelaki tersebut. "Ke mana perginya roti di sini?". Lelaki itu hany amenjawab "Aku tidak tahu." mereka kemudiannya meneruskan perjalanan tanpa mempersoalkan lagi perihal roti itu. 

Sedang dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seekor rusa dan anaknya. Nabi Isa A.S. pun menangkap salah seekor daripada anank rusa tersebut dan menyembelihnya, dibakar dan dimakan bersama-sama. Beliau kemudian menyuruh rusa yang telah mati itu agar hidup semula. Ketika itu juga rusa itu hidup semula dengan izin Allah S.W.T. Melihatkan kejadian itu, teman Nabi Isa berasa hairan melihatnya. Nabi Isa Kemuadian bertanya buat kali keduanya kepada lelaki tersebut. "Wahai teman, Demi Allah yang telah memperlihatkan kebesaranNya kepadamu, siapakah gerangan yang telah mengambil roti itu?" dan temannya masih tetap memberikan jawapan yang sama "Aku tidak tahu."

Setelah itu, mereka pun meneruskan perjalanan sehingga berjumpa sebatang sungai. Nabi Isa memegang tangan lelaki itu dan diajaknya berjalan di atas air. kedua-duanya pun turun ke sungai dan berjalan di atas air sehingga sampai ke seberang. "Demi Allah yang memperlihatkan kebesaranNya kepadamu, siapakah yangvmengambil roti itu?" tanya Nabi Isa A.S. buat kali ketiganya. "Aku tidak tahu wahai Nabi Allah." jawab lelaki itu.

Mereka meneruskan perjalanan sehingga sampai ke sebuah hutan dan berehat sebentar. Nabi Isa kemudiannya mengambil tanah yang ada di hadapannya dan berkata, "Jadilah engkau emas dengan izin Allah." dan tanah tersebut serta merta bertukar menjadi ketulan emas dan dibahagi 3. Beliau kemudiannya mengagihkan emas-emas itu. "sepertiga ini untukku. Sepertiga lagi untukmu, dan sepertiga lagi untuk orang yang mengambil roti." kata Nabi Isa A.S. mendengar sahaja kata-kata Nabi Isa A.S. itu,  lelaki tersebut terus mengaku dialah yang telah mengambil roti tersebut. Mendengar pengakuan lelaki tersebut, Nabi Isa A.S. menyerahkan semua emas tadi kepada lelaki yang pada awalnya hendak menjadi temannya.

Nabi isa kemudiannya meninggalkan lelaki tersebut di hutan sendirian. Lelaki yang sedang asyik dengan ketulan emas tadi, tiba-tiba didatangi perompak, dia diugut akan dibunuh dan emasnya akan dirampas. Merasakan dirinya terancam, dia lantas mengajak perompak tersebut untuk berdamai, dengan membahagiakan ketulan emas itu kepada mereka bertiga. Tiba-tiba mereka berasa lapar dan menyuruh salah seorang daripada mereka untuk membeli makanan di pekan yang terdekat. Salah seorang daripada mereka pun beralah dan pergi ke pekan untuk membeli makanan. Dalam perjalanan ke pekan, perompak tersebut bercita-cita untuk memiliki emas-emas tadi sepenuhnya. dia pun mendapat isea untuk meracuni makanan yang akan dibelinya. Dalam masa yang sama, 2 lelaki di hutan tersebut pula berpendapat untuk membahagi dua emas-emas tadi tanpa mengikut sertakan orang yang pergi ke pekan. Maka, sebaik sahaja lelaki yang membeli makanan sampai, mereka pun membunuhnya. Mereka pun makan makanan yang dibeli oleh temannya yang telah mati itu. Tiba-tiba mereka batuk-batuk,muntah-muntah dan pengsan kerana keracunan. Akhirnya, mereka mati. Kini, emas yang menjadi rebutan tersebut tidak bertuan lagi, ibaratkan batu yang tidak berharga.

Tidak berapa lama selepas itu, Nabi Isa A.S. lalu di tempat itu dan bersama sahabat-sahabat setianya dan menyaksikan manusia-manusia rakus bergelimpangan dekat longgokan-longgokan emas. "Lihatlah ini. Inilah perumpamaan dunia, maka janganlah engkau terpedaya olehnya." Kata Nabi Isa A.S.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan