expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 30 Julai 2012

PEROMPAK YANG BERJASA

Disebut lah kisah, pada suatu hari, seorang hamba Allah yang miskin telah datang kepada Ahmad bin Khazruya, untuk mengadukan kehidupannya yang serba daif dan melarat.

Maka berkatalah hamba Allah itu:
“Wahai tuan guru, berilah saya sesuatu amalan agar saya terhindar dari kesulitan ini.”
Maka Ahmad Khazruya pun menyuruh lelaki itu agar menuliskan segala macam jenis pekerjaannya di atas kertas yang berasingan, dan menyuruhnya memasukkan ke dalam sebuah bekas. Lelaki itu kemudiannya memotong-motong kertas yang berasingan dan menulis semua jenis pekerjaan yang diingatinya di atas kertas tersebut. Setelah itu, kertas-kertas tersebut dilipat dan dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang lainnya dan di bawa kepada Ahmad Khazruya.

“Sudah siap tuan guru, ini dia.” Kata lelaki itu.
“Sudah kamu tulis semua pekerjaan?” Tanya Ahmad Khazruya
“Sudah.”

Lalu Ahmad Khazruya menggoncang bekas tersebut dan mengambil satu potongan kertas secara rawak. Dia kemudiannya membuka kertas tersebut. Ternyata yang ditulis pada kertas itu ialah “merompak”.
“O… pekerjaan yang sesuai untuk engkau ialah merompak.” Kata Ahmad Khazruya sambil menunjukkan kertas yang diambilnya.
“Aduhai…” kata lelaki itu kehairanan.
“Laksanakan.” Kata Ahmad Khazruya.

Lelaki itu pun melaksanakan arahan dari Ahmad Khazruya dengan perasaan yang sangat berat. Dia pun mula melaksanakan arahan tersebut dengan mula mencari kumpulan perompak untuk disertainya.
Maka berlakulah dialog antara lelaki miskin itu dan ketua perompak.
Lelaki miskin: Terimalah aku sebagai anggota kumpulan kalian.
Ketua perompak: Engkau ingin merompak dengan kami?
Lelaki miskin: Ya.
Ketua perompak: Boleh, tetapi ada syaratnya.
Lelaki miskin: Aku akan penuhi segala syaratnya.
Ketua perompak: Engkau mesti ikut segala arahan aku. Apa sahaja yang aku perintah, engkau mesti lakukannya. Kalau membangkang, engkau dihukum.
Lelaki miskin: Saya sedia melakukannya.

Maka, setelah mengucapkan perjanjian dan taat setianya kepada ketua perompak, lelaki itu pun mengikut kumpulannya untuk melakukan rompakan.
Dalam sebuah pertualangan, mereka bertemu dengan satu kafilah perniagaan di suatu tempat yang jauh dari perkampungan manusia. Mereka segera menghadang kafilah tersebut dan merampas barang-barangnya. Salah seorang anggota kafilah itu ditangkap dan dibawa berjumpa dengan ketua perompak.

Bagi menguji kesetiaan lelaki miskin, ketua perompak kemudian mengarahkannya untuk membunuh anggota kafilah tersebut.
Lelaki miskin merasa tidak sanggup untuk membunuh anggota kafilah tersebut kerana dia tidak bersalah. Sebaliknya di dalam hati berkata: “Ketua perompak itu telah banyak membunuh manusia tidak berdosa,lebih baik kubunuh dia daripada saudagar ini.”

Sedang lelaki miskin berfikir, ketua perompak mula menengkingnya. “Cepat laksanakan! Tunggu apa lagi?. Kalau kamu ingin bekerja dengan kami, laksanakan. Kalau tidak, pergi sahaja dari sini.”
Sedang hati nurani lelaki miskin itu berkata: “Kalau mahu ikut perintah, maka perintah Allah wajib diikuti. Bukan perintah manusia yang bercanggah dengan peraturan Allah.” Tanpa berfikir panjang, dia pun menebas leher ketuanya yang sedang bercekak pinggang dengan sombongnya. Maka, rebahlah ketua perompak yang sombong itu di hadapan para pengikut yng lain, dan lari bertempiaranlah para perompak yang lainnya kerana takut dijadikan sasaran berikutnya. Tinggallah lelaki miskin itu dengan saudagar dengan timbunan hartanya.
Saudagar tersebut merasa sangat bersyukur, dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki miskin dengan  memberikan emas yang banyak kepada lelaki miskin tersebut. Maka, jadilah dia sebagai seorang yang kaya dalam sekelip mata.

Moral of the story:
i- yakin lah bahawa rezeki itu daripada Allah.
ii- utamakanlah perintah Allah daripada perintah manusia.
iii- yakinlah bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

Ahad, 29 Julai 2012

PENGENALAN


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM.

DENGAN ADA NYA BLOG JOM!!! BEDTIMESTORY NI, DIHARAPKAN PARA PEMBACA DAPAT MEMENUHI MASA TERLUANG UNTUK MEMBACA CERITA-CERITA YANG DIKONGSIKAN DALAM BLOG INI. KISAH-KISAH YANG TAULADAN DAN ISLAMIK YANG BOLEH KITA JADIKA IKTIBAR, TERUTAMANYA DALAM MENGABDIKAN DIRI KITA KEPADA ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA DAPAT MEMBENTUK PERIBADI DAN AKHLAK YANG TERPUJI DALAM DIRI KITA. AMEEN.