Disebut
lah kisah, pada suatu hari, seorang hamba Allah yang miskin telah datang kepada
Ahmad bin Khazruya, untuk mengadukan kehidupannya yang serba daif dan melarat.
Maka berkatalah
hamba Allah itu:
“Wahai
tuan guru, berilah saya sesuatu amalan agar saya terhindar dari kesulitan ini.”
Maka Ahmad
Khazruya pun menyuruh lelaki itu agar menuliskan segala macam jenis
pekerjaannya di atas kertas yang berasingan, dan menyuruhnya memasukkan ke
dalam sebuah bekas. Lelaki itu kemudiannya memotong-motong kertas yang
berasingan dan menulis semua jenis pekerjaan yang diingatinya di atas kertas
tersebut. Setelah itu, kertas-kertas tersebut dilipat dan dimasukkan ke dalam
sebuah bekas yang lainnya dan di bawa kepada Ahmad Khazruya.
“Sudah
siap tuan guru, ini dia.” Kata lelaki itu.
“Sudah
kamu tulis semua pekerjaan?” Tanya Ahmad Khazruya
“Sudah.”
Lalu Ahmad
Khazruya menggoncang bekas tersebut dan mengambil satu potongan kertas secara
rawak. Dia kemudiannya membuka kertas tersebut. Ternyata yang ditulis pada
kertas itu ialah “merompak”.
“O…
pekerjaan yang sesuai untuk engkau ialah merompak.” Kata Ahmad
Khazruya sambil menunjukkan kertas yang diambilnya.
“Aduhai…” kata
lelaki itu kehairanan.
“Laksanakan.” Kata Ahmad
Khazruya.
Lelaki
itu pun melaksanakan arahan dari Ahmad Khazruya dengan perasaan yang sangat
berat. Dia pun mula melaksanakan arahan tersebut dengan mula mencari kumpulan
perompak untuk disertainya.
Maka berlakulah
dialog antara lelaki miskin itu dan ketua perompak.
Lelaki
miskin: Terimalah aku sebagai anggota kumpulan kalian.
Ketua perompak:
Engkau ingin merompak dengan kami?
Lelaki
miskin: Ya.
Ketua
perompak: Boleh, tetapi ada syaratnya.
Lelaki
miskin: Aku akan penuhi segala syaratnya.
Ketua perompak:
Engkau mesti ikut segala arahan aku. Apa sahaja yang aku perintah, engkau
mesti lakukannya. Kalau membangkang, engkau dihukum.
Lelaki
miskin: Saya sedia melakukannya.
Maka,
setelah mengucapkan perjanjian dan taat setianya kepada ketua perompak, lelaki
itu pun mengikut kumpulannya untuk melakukan rompakan.
Dalam sebuah
pertualangan, mereka bertemu dengan satu kafilah perniagaan di suatu tempat
yang jauh dari perkampungan manusia. Mereka segera menghadang kafilah tersebut
dan merampas barang-barangnya. Salah seorang anggota kafilah itu ditangkap dan
dibawa berjumpa dengan ketua perompak.
Bagi menguji
kesetiaan lelaki miskin, ketua perompak kemudian mengarahkannya untuk membunuh
anggota kafilah tersebut.
Lelaki
miskin merasa tidak sanggup untuk membunuh anggota kafilah tersebut kerana dia
tidak bersalah. Sebaliknya di dalam hati berkata: “Ketua perompak itu
telah banyak membunuh manusia tidak berdosa,lebih baik kubunuh dia daripada
saudagar ini.”
Sedang
lelaki miskin berfikir, ketua perompak mula menengkingnya. “Cepat
laksanakan! Tunggu apa lagi?. Kalau kamu ingin bekerja dengan kami, laksanakan.
Kalau tidak, pergi sahaja dari sini.”
Sedang
hati nurani lelaki miskin itu berkata: “Kalau mahu ikut perintah, maka
perintah Allah wajib diikuti. Bukan perintah manusia yang bercanggah dengan
peraturan Allah.” Tanpa berfikir panjang, dia pun menebas leher ketuanya
yang sedang bercekak pinggang dengan sombongnya. Maka, rebahlah ketua perompak
yang sombong itu di hadapan para pengikut yng lain, dan lari bertempiaranlah
para perompak yang lainnya kerana takut dijadikan sasaran berikutnya. Tinggallah
lelaki miskin itu dengan saudagar dengan timbunan hartanya.
Saudagar
tersebut merasa sangat bersyukur, dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki
miskin dengan memberikan emas yang
banyak kepada lelaki miskin tersebut. Maka, jadilah dia sebagai seorang yang
kaya dalam sekelip mata.
Moral of
the story:
i-
yakin lah bahawa rezeki itu daripada Allah.
ii-
utamakanlah perintah Allah daripada perintah manusia.
iii-
yakinlah bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan