expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 25 Ogos 2012

TRAGEDI DI BUKIT EMAS

Diceritakan bahawa, pada suatu hari, telah datang seorang lelaki menemui Nabi Isa A.S dengan niat ingin bersahabat dengan beliau. berkata lelaki tersebut kepada Nabi Isa A.S.,
"Saya ingin menjadi sahabat engkau yang setia". dan Nasi Isa A.S. pun menerima baik permintaan lelaki tersebut. 

Pada Suatu hari, Nabi Isa A.S. telah mengajak lelaki itu untuk berjalan-jalan di tepi sungai sehingga lah mereka terasa lapar, dan berehat seketika. Maka, Nabi Isa A.S. pun mebuka bekalan makanan yang dibawanya, iaitu 3buku roti. Beliau pun mengambil sebu, diberikan kepada lelaki itu sebuku, dan disimpan lg sebuku, sebagai bekalan untuk mereka jika lapar dalam perjalanan nanti. Beliau kemudian turun ke sungai untuk minum, dan setelah naik semula ke tempat berehat mereka, beliau mendapati roti yang sebuku lagi itu telah pun tiada. Lantas beliau bertanya kepada lelaki tersebut. "Ke mana perginya roti di sini?". Lelaki itu hany amenjawab "Aku tidak tahu." mereka kemudiannya meneruskan perjalanan tanpa mempersoalkan lagi perihal roti itu. 

Sedang dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seekor rusa dan anaknya. Nabi Isa A.S. pun menangkap salah seekor daripada anank rusa tersebut dan menyembelihnya, dibakar dan dimakan bersama-sama. Beliau kemudian menyuruh rusa yang telah mati itu agar hidup semula. Ketika itu juga rusa itu hidup semula dengan izin Allah S.W.T. Melihatkan kejadian itu, teman Nabi Isa berasa hairan melihatnya. Nabi Isa Kemuadian bertanya buat kali keduanya kepada lelaki tersebut. "Wahai teman, Demi Allah yang telah memperlihatkan kebesaranNya kepadamu, siapakah gerangan yang telah mengambil roti itu?" dan temannya masih tetap memberikan jawapan yang sama "Aku tidak tahu."

Setelah itu, mereka pun meneruskan perjalanan sehingga berjumpa sebatang sungai. Nabi Isa memegang tangan lelaki itu dan diajaknya berjalan di atas air. kedua-duanya pun turun ke sungai dan berjalan di atas air sehingga sampai ke seberang. "Demi Allah yang memperlihatkan kebesaranNya kepadamu, siapakah yangvmengambil roti itu?" tanya Nabi Isa A.S. buat kali ketiganya. "Aku tidak tahu wahai Nabi Allah." jawab lelaki itu.

Mereka meneruskan perjalanan sehingga sampai ke sebuah hutan dan berehat sebentar. Nabi Isa kemudiannya mengambil tanah yang ada di hadapannya dan berkata, "Jadilah engkau emas dengan izin Allah." dan tanah tersebut serta merta bertukar menjadi ketulan emas dan dibahagi 3. Beliau kemudiannya mengagihkan emas-emas itu. "sepertiga ini untukku. Sepertiga lagi untukmu, dan sepertiga lagi untuk orang yang mengambil roti." kata Nabi Isa A.S. mendengar sahaja kata-kata Nabi Isa A.S. itu,  lelaki tersebut terus mengaku dialah yang telah mengambil roti tersebut. Mendengar pengakuan lelaki tersebut, Nabi Isa A.S. menyerahkan semua emas tadi kepada lelaki yang pada awalnya hendak menjadi temannya.

Nabi isa kemudiannya meninggalkan lelaki tersebut di hutan sendirian. Lelaki yang sedang asyik dengan ketulan emas tadi, tiba-tiba didatangi perompak, dia diugut akan dibunuh dan emasnya akan dirampas. Merasakan dirinya terancam, dia lantas mengajak perompak tersebut untuk berdamai, dengan membahagiakan ketulan emas itu kepada mereka bertiga. Tiba-tiba mereka berasa lapar dan menyuruh salah seorang daripada mereka untuk membeli makanan di pekan yang terdekat. Salah seorang daripada mereka pun beralah dan pergi ke pekan untuk membeli makanan. Dalam perjalanan ke pekan, perompak tersebut bercita-cita untuk memiliki emas-emas tadi sepenuhnya. dia pun mendapat isea untuk meracuni makanan yang akan dibelinya. Dalam masa yang sama, 2 lelaki di hutan tersebut pula berpendapat untuk membahagi dua emas-emas tadi tanpa mengikut sertakan orang yang pergi ke pekan. Maka, sebaik sahaja lelaki yang membeli makanan sampai, mereka pun membunuhnya. Mereka pun makan makanan yang dibeli oleh temannya yang telah mati itu. Tiba-tiba mereka batuk-batuk,muntah-muntah dan pengsan kerana keracunan. Akhirnya, mereka mati. Kini, emas yang menjadi rebutan tersebut tidak bertuan lagi, ibaratkan batu yang tidak berharga.

Tidak berapa lama selepas itu, Nabi Isa A.S. lalu di tempat itu dan bersama sahabat-sahabat setianya dan menyaksikan manusia-manusia rakus bergelimpangan dekat longgokan-longgokan emas. "Lihatlah ini. Inilah perumpamaan dunia, maka janganlah engkau terpedaya olehnya." Kata Nabi Isa A.S.

Jumaat, 24 Ogos 2012

Abu Suud Al-Jarihi dan Gabenor Yang Kedekut

Abu Suud Al-Jarihi adalah seorang ahli ibadah yang menetap di Sardab, dan banyak menulis di dalam kehidupannya. Beliau meninggal dunia di mesir pada 929 hijrah.

Diceritakan bahawa pada suatu hari, Gabenor telah datang menziarahi Syeikh Abu Suud dengan membawa setandan pisang dan delima untik diberikan kepada Syeikh Abu Suud. Walaubagaimanapun, hadiah tersebut tidak diterima oleh Syeikh abu Suud kerana tiada keperluan baginya untuk menerima hadiah itu. Namun, gabenor tetap mendesak Syeikh Abu Suud dengan mengatakan bahawa pemberian tersebut adalah semata-mata kerana Allah S.W.T. Oleh hal yang demikian, Syeikh Abu Suud mansihati sang Gabenor untuk memberikan hadiah tersebut kepada fakir miskin sahaja, kerana mereka itu lebih memerlukannya. Akhirnya, sang Gabenor pun membawa pulang pisang dan delima itu balik ke rumahnya.

Tidak lama kemudian, Syeikh Abu Suud memanggil dua org fakir, yang mana seorang daripanya celik, dan seorang lagi buta. dan berkata lah Syeikh Abu Suud kepada Mereka.. :" Engkau berdua pergilah kepada Gabenordan katakan kepadanya: "Wahai Gabenor, berikan kami sedikit pisang dan delima semata-mata kerana Allah S.W.T." Maka pergilah mereka berdua ke kediaman gabenor smbil mengingati kata-kata yang telah diajarkan kepada mereka oleh Syeikh Abu Suud.

Setibanya dua fakir itu di rumah gabenor, berkatalah mereka kepada gabenor, "Wahai Gabenor,berilah kami pisang dan delima kerana Allah Taala."
namun permintaan mereka tidak diendahkan oleh Gabenor setelah mereka memperkenalkan diri mereka sebagai seorang fakir, lalu mereka dihalau oleh gabenor tersebut. Maka pulanglah mereka berdua kepada Syeikh Abu Suud dengan rasa kecewa. mereka kemudiannya menceritakan apa yang telah berlaku kepada Syeikh Abu Suud .

Setelah mendengar apa yang yang berlaku di kediaman gabenor itu, Syeikh Abu Suud lantas mengirim surat kepada gabenor yang isinya: " Wahai tuan gabenor, engkau telah berbohong kepada orang-orang fakir yang datang kepadamu. engkau telah menghalau orang yang meminta sesuatu daripada mu kerana semata-mata kerana Allah taala." Maka engkau tidak boleh datang kepadaku buat selama-lamanya."

Beberapa hari kemudian, gabenor itu dipecat dari jawatannya dan badannya dihinggapi penyakit, sehingga mati dalam keadaan yang buruk.

Khamis, 2 Ogos 2012

KISAH 5 PERKARA ANEH


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Maka, pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat. Perkara yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Bagi memenuhi perintah yang diterimanya dari mimpi, maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Sedang dia menghampiri bukit itu, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya dan dimakannya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Maka, nabi tiu pun meneruskan lagi perjalannya. Dalam perjalannya, dia ternampak seekor helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya, seiring dengan ingatannya terhadap pesanan yang ketiga, yakni ‘terimalah’. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya dan dia bertemu pula dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpinya, beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.                 

Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.                                                                                                                                                                                  

Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Iktibar yang dapat dikongsikan dari kisah ini ialah, betapa kita sebagai manusia, seharusnya sentiasa berwaspada dalam melakukan sesuatu perkara. Untuk itu, amat penting untuk kita berfikir secara rasional, positif, redha, dan bertimbang rasa kerana sesungguhnya, kita sebagai manusia saling memerlukan antara satu sama lain dan adalah bersaudara.

Gunakan tenaga yang diberi oleh Allah untuk membantu dan menggembirakan orang lain, kerana kita tidak tahu entah bila masanya kita akan menghadapi ujian dari Allah, jangan pula kita memperkatakan tentang seseorang itu, kerana ia boleh mendatangkan fitnah, dan kawal lah nafsu amarah kita, kerana fikiran dalam keadaan marah menjurus kepada perbuatan yang negatif dan diiringi hasutan syaitan. Sesungguhnya, kita tidak lari dari melakukan kesilapan, namun, Allah S.W.T. telah memberikan kita akal untuk berfikir, agama sebagai panduan, dan hati dan perasaan sebagai insan yang bertimbang rasa. Jadi, kesilapan itu boleh diperbaiki dan dielakkan.