expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Selasa, 9 April 2013

Kisah Harut dan Marut

      Nabi Muhammad S.A.W. pernah berkata, "Semasa Nabi Adam diturunkan oleh Allah ke dunia, malaikat berkata, 'Wahai Tuhanku, mengapa Engkau menjadikan manusia sebagai pemimpin di muka bumi, sedangkan manusia adalah makhluk yang pasti membuat kerosakan, kemusnahan, dan saling berbunuhan. Berbeza dengan kami yang sentiasa memuji dan memuja Engkau."
      Berkata para malaikat lagi, "Kami adalah ciptaan-Mu yang lebih taat dan patuh kepada perintah-Mu berbanding manusia keturunan Nabi Adam."
     Lalu Allah berkata kepada malaikat, "Pilih dan bawa ke sini dua malaikat. Aku mahu turunkan kedua-dua malaikat itu ke bumi supaya kamu dapat menyaksikan bagaimana malaikat itu bertelagah."
     Justeru, malaikat pun berkata, "Tuhanku, kami bersetuju memilih Harut dan Marut."
Maka, Harut dan Marut pun diturunkan ke bumi. Di bumi, Allah mencipta wanita daripada sekuntum bunga yang cantik. Wanita itu bernama Zuhrah. Zuhrah mengunjungi Harut dan Marut. Harut dan Marut mahu bertanyakan khabar Zuhrah. Zuhrah menjawab, "Tidak! saya tidak mahu menjawab pertanyaan kamu kecuali kamu melafazkan kata-kata yang menyekutukan Tuhanmu."      Harut dan Marut menjawab, "Tidak, demi Tuhan kami. Kami tidak sesekali menyekutukan Tuhan kami sampai bila-bila."
     Zuhrah pun meninggalkan Harut dan Marut. Tidak lama selepas itu, Zhrah datang semula dengan mendukung bayi. Zuhrah menghampiri Harut dan Marut. Harut dan Marut bertanya mengenai bayi tersebut. Zuhrab berkata, "Tidak! saya tidak mahu menjawab kecuali kamu berdua bersedia membunuh bayi ini."  Maka Harut dan Marut sekali lagi menyatakan pendirian mereka untuk tidak menyekutukan Tuhan mereka. Untuk kali ketiganya, Zuhrah datang menghampiri Harut dan Marut, tetapi pada kali ini dengan membawa segelas arak. Seperti sebelumnya, Harut dan Marut bertanyakan khabar Zuhrah. Zuhrah berkata, "Tidak! saya tidak mahu menjawab melainkan kamu berdua minum arak ini." Akhirnya, Harut dan Marut meminum arak itu sehingga mabuk. Kemudian, mereka berzina dan akhirnya membunuh bayi tadi. Apabila Harut dan Marut sedar, Zuhrah berkata, "demi Tuhan, kamu berdua telah melakukan kesemua perbuatan yang kamu enggan lakukan sebelum kamu mabuk." 
     Ketika Harut dan Marut sedar daripada mabuk, mereka menyesali kesilapan yang telah mereka lakukan. Mereka ingin kembali menjadi penghuni langit, tetapi mereka tidak diberi keizinan oleh Allah. Mereka menangis dan menyesal tidak berkesudahan. mereka kemudiannay berjumpa dengan Nabi Idris A.S. untuk meminta pertolongan daripada Nabi Idris A.S supaya diampunkan dosa mereka. 
     Setelah itu, Harut dan Marut disuruh untuk memilih hukuman di dunia atau di akhirat. Barulah Harut dan Marut sedar bahawasanya dunia ini bersifat sementara, manakala akhirat pula bersifat kekal abadi. Sesungguhnya Allah maha Pengasih dan penyayang kepada seluruh ciptaan-Nya. Harut dan Marut memilih dihukum didunia selepas diberi peluang kedua oleh Allah. Harut dan Marut dihukum semasa berada di Babylon, Parsi. Mereka digantung diantara dua gunung yang berada di dalam gua di bawah tanah. Setiap hari mereka diseksa. 
     Berita mengenai Harut dan Marut dihukum sampai ke pengetahuan seluruh malaikat. Mereka mengembangkan sayap mereka di Rumah Allah di Makkah dan memohon sambil berkata, "Wahai Tuhan, ampunkanlah kesilapan keturunan Nabi Adam. Kami kagum kepada mereka yang taat kepada-Mu walaupun dikelilingi dengan pelbagai godaan yang berbentuk kesenangan dan keseronokan."
     Al-Kalabi melaporkan, selepas peristiwa itu, para malaikat sentiasa memohon keampunan  bagi pihak keturunan Nabi Adam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan